Perutusan Pengerusi Puspanita KKR

 

Assalamualaikum  Warahmatullahi Waabarakatuh

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan keizinan Nya Mesyuarat Agung PUSPANITA KKR Kali Ke-38 tahun 2020 dapat diadakan.

Selaku Pengerusi PUSPANITA KKR, saya mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha dan pencapaian PUSPANITA Kementerian ini dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun 2019.   Syabas saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa Kecil yang begitu komited dengan tugas persatuan walaupun kerja-kerja yang dilakukan adalah secara sukarela.

Saya percaya semua perancangan yang dibuat dapat direalisasikan jika semua pihak memberikan kerjasama dan sokongan yang padu bagi mencapai wawasan wanita berkualiti, berilmu, berkemahiran, berintegriti, berketrampilan dan bertaqwa.  Sebagai tunggak utama dalam memastikan perjalanan persatuan ini berada di atas landasan perundangan yang betul, maka  setiap tindakan, hala tuju dan perjalanan PUSPANITA perlu mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaannya.  Saya ingin mengingatkan semua AJK sekelian mengenai amanah yang dipegang dan berusaha agar sentiasa berpandukan kepada Perlembagaan dan undang-undang dalam setiap tindakan.

Selain itu, Puspanita Cawangan perlu memastikan tindakan dan keputusannya konsisten dengan undang-undang penubuhannya, iaitu, Perlembagaan Puspanita.  Sebagai tunggak utama dalam memastikan perjalanan persatuan  ini berada di atas landasan perundangan yang betul, maka  setiap tindakan, hala tuju dan perjalanan Puspanita perlu mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaannya.  Saya ingin mengingatkan semua AJK sekelian mengenai amanah yang dipegang ini dan berusaha agar sentiasa berpandukan kepada Perlembagaan dan undang-undang dalam setiap tindakan.  Setiap tingkah laku ahli akan membawa bersama imej PUSPANITA dan organisasi. Justeru, adalah penting bagi setiap ahli PUSPANITA mengamalkan nilai-nilai integriti pada setiap masa sama ada ketika melaksanakan tugas dalam PUSPANITA mahupun dalam tugasan di luar PUSPANITA.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk menyarankan agar semua ahli PUSPANITA Kementerian ini terus berganding bahu melaksanakan misi yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan semua ahli dapat meneruskan kecemerlangan PUSPANITA KKR sebagai sebuah persatuan yang berwibawa dan unggul.   Semoga perjalanan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya ke-38 pada pagi ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai kata sepakat demi kepentingan PUSPANITA.

 “Wanita Sepakat, Negara Meningkat”

Salam Sejahtera.

 

Y.BHG DATIN SALINA BINTI BAKRI

Pengerusi

PUSPANITA

Cawangan Kementerian Kerja Raya