Error message

Notice: Undefined property: stdClass::$comment_count in comment_node_page_additions() (line 728 of /var/www/html/puspanita/modules/comment/comment.module).

Perutusan Penaung Puspanita KKR

 

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Biro ICT, Seranta dan Pembangunan kerana berjaya menghasilkan Laman Web dan Facebook PUSPANITA KKR. Ucapan terima kasih juga atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan di ruangan ini. PUSPANITA KKR kini menjangkau usia 32 tahun dan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada PUSPANITA KKR yang telah berjaya melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi wanita yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi negara amnya. Oleh itu, saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, wanita harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.

Sekian. Terima Kasih.

 

Y.Bhg. Datin Hajah Ruziah Bt Mohd.Tahir

Penaung Puspanita Cawangan KKR