Notis Mesyuarat Agung Puspanita ke-36

YBhg. Dato’ Sri/YBhg. Datin Sri/YBhg.Dato’/YBhg. Datin/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA KALI KE-36

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya Kali ke-36 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh       :      26 Januari 2018 (Jumaat)           
Masa         :      9.00 hingga 11.00 Pagi
Tempat     :      Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya                            

3.         Sehubungan dengan itu,  YBhg. Dato’ Sri/YBhg. Datin Sri/YBhg.Dato’/YBhg. Datin/Puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya Kali Ke-36 ini.

4.     Sekiranya YBhg. Dato’ Sri/YBhg. Datin Sri/YBhg.Dato’/YBhg. Datin/Puan mempunyai  usul-usul yang hendak dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-36 ini, usul-usul berkenaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha pada atau sebelum 15 Januari 2018 (Isnin) melalui emel sbrhbachik06@gmail.com.

5.         Segala kerjasama dari YBhg. Dato’ Sri/YBhg. Datin Sri/YBhg.Dato’/YBhg. Datin/Puan adalah amat dihargai bagi memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Wanita Sepakat Negara Meningkat’
 
Klik di sini : Notis, Aturcara dan Agenda Mesyuarat Agung Puspanita KKR ke-36