Latar Belakang Puspanita Kebangsaan

 

PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan pada 23 Mei 1983. PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara tujuan penubuhan PUSPANITA ialah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan meyatupadukan isteri-isteri dan anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan. PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan,Ketrampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukan ke beberapa Politeknik, Kolej di institusi dengan menampung sebahagian dari kos pelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS. Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini. Isteri Y.A.B. Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.