Error message

Notice: Undefined property: stdClass::$comment_count in comment_node_page_additions() (line 728 of /var/www/html/puspanita/modules/comment/comment.module).

Kaji Selidik Pelajar Cemerlang

KAJI SELIDIK PELAJAR CEMERLANG DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), SJIL TINGGI Persekolahan MALAYSIA (STPM) DAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) BAGI TAHUN 2017

PUSPANITA Kebangsaan sedang menjalankan kaji selidik pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2017 yang terdiri daripada anak-anak ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian dan Negeri termasuk semua Cawangan Kecil. Perincian tahap keputusan cemerlang adalah seperti berikut:

a)   SPM – 9A ke atas (Cemerlang Tinggi)
b)   STPM – 4.00 (Lulus Penuh)
c)   STAM – 4.00 (Mumtaz)

 
PUSPANITA Cawangan KKR memohon jasa baik pihak YBhg. Dato’/ Datin Sri/ Datin/ Tuan/ Puan agar dapat mengemukakan maklumat pelajar-pelajar cemerlang seperti di LAMPIRAN A beserta dokumen sokongan seperti berikut:

a)   Salinan keputusan peperiksaan;
b)   Salinan kad pengenalan pelajar; dan
c)   Salinan kad pengenalan ibu/ bapa

Semua maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada PUSPANITA Cawangan KKR selewat-lewatnya pada 13 April 2018 (Jumaat)  ke alamat emel puspanita@jkr.gov.my. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin Sri/ Datin/ Puan boleh menghubungi Puan Siti Nurmaimunah Mazlan di talian 03-2142 1332.

 
“Wanita Sepakat, Negara Meningkat”
Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga 
PUSPANITA Cawangan KKR