Activities calendar

03 September 2013

Lagu Puspanita

 

 

Puspanita...Puspanita...Puspanita...
Tenaga isteri dan wanita
Puspanita...Puspanita...Puspanita...
Tenaga isteri dan wanita

Bulan, bintang empat belas penjuru
Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri, pegawai, kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri sama memberi kebajikan
Di samping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keutuhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

 

 

Logo Puspanita

Lambang Keterangan

Bulan Bintang:

Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga
Buku: Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
Bunga Padi: melambangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
Bunga Raya: melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
P dan Pa: melambangkan kewanitaan.
Warna Emas: melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.

Warna Ungu:

melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.