Activities calendar

02 September 2013

Biro Sosial dan Lawatan

 

JAWATAN NAMA  WAKIL
 Pengerusi  Puan Hajah Mariam binti Ibrahim  
 Setiausaha   1  Puan Norhayatie binti Juffery  Menara PJD
 Setiausaha   2  Puan Junati binti Jusoh  Menara TIMA
 Ahli Jawatankuasa  Puan Salbiah binti Shaari  KKR
   Puan Rohani binti Jais  Maju Tower
   Puan Zurina binti Masni  Blok G
   Cik Siti Hawarulain binti Mohd. Iba  JKR Wilayah
   Puan Sapinah binti Wahab  Blok F

Biro Kebajikan & Agama

 

JAWATAN NAMA  WAKIL
 Pengerusi  Puan Hajah Radziah binti Haji Ahmad  
 Timbalan Pengerusi  Puan Ir. Noraini binti Bahri  
 Setiausaha 1  Puan Hajah Faridah binti Saidin  Blok G
 Setiausaha 2  Puan Munirah binti Jahari  Blok F
 Ahli Jawatankuasa  Puan Raja Norashimah binti Md.Yusof  KKR
   Puan Siti Ai'sah binti Abd Rahman  Blok G
   Puan Rahayu binti A'bidin  JKR Wilayah
   Puan Hajah Che Roslee binti Idris  ASH
   Puan Hartini binti Azmai  Maju Tower

Biro ICT & Seranta

 

JAWATAN NAMA  WAKIL 
 Pengerusi  Puan Raudah binti Sulaiman  
 Setiausaha  Puan Raja Badariah binti Alwee  Maju Tower
 Ahli Jawatankuasa  Puan Mashitah binti Maharat  Blok F
   Puan Nor Azerin binti Mohammad  KKR
   Puan Siti Hafiza binti Mat Isa  Blok G
   Puan Nur Atheera binti Abdul Latif  
   Puan Zaidatul Syazni binti Ahmad Zakuan  KKR
   Puan Siti Khodijah binti Musa  

Biro Sukan & Kesihatan

 

JAWATAN NAMA  WAKIL
 Pengerusi Puan Saadah binti Haji Abu Bakar  
 Setiausaha Puan Jamaayah binti Harun  KKR
Ahli Jawatankuasa Puan Dirayah binti Dollah  KKR
  Puan Sharifah Dzain binti Syed Yusof  Blok A
  Puan Wan Zakiah binti Wan Mohamed  Blok F
  Puan Nor Ashikin binti Hassan Basri  Blok F

Biro Keusahawanan

 

JAWATAN NAMA  WAKIL
 Pengerusi  Puan Hajah Talhah binti Abdullah  
 Setiausaha 1  Puan Hajah Junaidah binti Mohd Yusof  Blok F
 Setiausaha 2  Puan Hariana binti Azit  Menara PJD
 Bendahari  Puan Hajah Hanifah binti Mat Som  Blok G
 Ahli Jawatankuasa  Puan Azimah binti Awang  Blok F
   Puan Aiedah@ Noraidah binti Mohd. Nadzri  KKR
   Puan Latifah binti Abdullah  Blok G
   Puan Yusnita binti Sarbaini  

Biro Keahlian, Kepenggunaan & Perundangan

 

JAWATAN NAMA  WAKIL
 Pengerusi  Y. Bhg. Pn Sr. Siti Baizura binti Mohamad Noor  
 Timbalan Pengerusi  Puan Siti Baizura binti Mohamad Noor  
 Setiausaha  Puan Kamariah binti Yahaya  Blok G
 Ahli Jawatankuasa  Puan Kamariah binti Abu Bakar  Blok F
   Puan Fazilah binti Yahya  BPKU, Putrajaya
   Puan Junainah binti Mat Supor  Blok G
   Puan Norwahida binti Bakhtiar  Blok F

Senarai Bekas Pengerusi

TAHUN NAMA PENGERUSI
1988 - 1990 Y.Bhg. Datin Nik Hazmah bt. Nik Hassan
1991 - 1994 Y.Bhg. Datin Hjh. Amenah bt Hj. Mohamed
1994 - 1999 Y.Bhg. Datin Hjh. Arfah bt Hj. Daud
1999 - 2002 Y.Bhg. Puan Sri Faidah bt Abd. Hamid
2002 - 2003 Y.Bhg. Datin Hjh. Rogayah bt Hj. Hassan
2003 – 2004 Y.Bhg. Datin Paduka Nazariah bt Mohd Khalid
2004- 8.7.2005 Y.Bhg. Datin Hjh. Shamsiah bt. Hj. Jaafar
9.7.2005- 25.1.2008 Y.Bhg. Datin Hjh. Siti Aminah bt Che Omar
2009-2011 Y.Bhg. Datin Mary Thomas
2012-2013 Y.Bhg. Puan Seri Dato' Zaiton bt Mhad Ali

 

 

 

Perutusan Pengerusi Puspanita KKR

Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web dan Facebook PUSPANITA KKR. PUSPANITA KKR telah berperanan untuk merancang program dan aktiviti selama lebih 32 tahun demi untuk memberikan faedah dan manafaat kepada ahli berlandaskan sikap kerjasama dan kesepakatan dari semua ahli untuk mencapai objektif persatuan. Justeru itu, saya menyarankan supaya semua ahli akan terus menyokong usaha murni persatuan ini yang telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti bukan sahaja dari aspek peningkatan sahsiah diri dan keluarga tetapi juga peningkatan ilmu pengetahuan, berdaya saing dan tidak ketinggalan menjadi pengguna teknologi yang kian canggih dari semasa ke semasa. Harapan saya ialah semoga semua ahli dapat melayari Laman Web dan Facebook PUSPANITA KKR sebagai satu medium perhubungan yang pantas dan berkesan untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti yang dirancang di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli, menyumbang idea dan berkongsi ilmu.

Sekian, Terima Kasih.

 

Y.Bhg. Datin Sri Norita Ibrahim

Pengerusi Puspanita Cawangan KKR

 

Program Puspanita

 

PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia begitu prihatin dengan agenda Kerajaan dan perkembangan semasa. Oleh itu program yang dirancangkan meliputi bidang seperti berikut:-

  • Agama
  • Kebajikan
  • Sukan
  • Kesihatan
  • Pendidikan dan Pembangunan Keluarga
  • Pembangunan Lestari Hijau
  • ICT
  • Kepenggunaan dan Perundangan Keusahawanan

Wawasan Puspanita

 

OBJEKTIF

 

Secara umum program dirancangkan ialah untuk :-

  • Memberi pendedahan dan fahaman dalam aspek-aspek tertentu;
  • Menyokong dan merealisasikan agenda Kerajaan;
  • Mempertingkatkan kemahiran ahli di dalam pelbagai bidang;
  • Memberi peluang dan penglibatan secara aktif dalam aktiviti-aktiviti PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia; dan
  • Menggalakkan silaturrahim sesama warga dan keluarga ahli.

 

 

 

 

Latar Belakang Puspanita Kebangsaan

 

PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan pada 23 Mei 1983. PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara tujuan penubuhan PUSPANITA ialah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan meyatupadukan isteri-isteri dan anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan. PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan,Ketrampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukan ke beberapa Politeknik, Kolej di institusi dengan menampung sebahagian dari kos pelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS. Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini. Isteri Y.A.B. Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.

Perutusan Penaung Puspanita KKR

 

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Biro ICT, Seranta dan Pembangunan kerana berjaya menghasilkan Laman Web dan Facebook PUSPANITA KKR. Ucapan terima kasih juga atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membuat nukilan di ruangan ini. PUSPANITA KKR kini menjangkau usia 32 tahun dan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Syabas diucapkan kepada PUSPANITA KKR yang telah berjaya melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap ahli untuk menjadi wanita yang berkualiti, produktif, kreatif seiring dengan nilai-nilai positif yang lain untuk mencapai objektif dan aspirasi persatuan khasnya dan demi negara amnya. Oleh itu, saya menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa. Bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, wanita harus melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangani masalah gejala tidak sihat yang kini kian berleluasa. Generasi akan datang perlu dilengkapi dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.

Sekian. Terima Kasih.

 

Y.Bhg. Datin Hajah Ruziah Bt Mohd.Tahir

Penaung Puspanita Cawangan KKR

Sejarah Penubuhan Puspanita

 

Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose, Kuala Lumpur telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr. Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan RUMAH PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di RUMAH PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih ini mendorong PUSPANITA untuk menjalankan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.

 

SENARAI BEKAS PENGERUSI PUSPANITA KKR