Fun With English

BENGKEL PENDIDIKAN "FUN WITH ENGLISH 2"  ANJURAN PUSPANITA KEBANGSAAN, BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA SERTA TABUNG LATIHAN PUSPANITA

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga serta Tabung Latihan PUSPANITA akan menganjurkan Bengkel Pendidikan 'Fun With English' 2  kepada pelajar - pelajar sempena cuti sekolah bertujuan memperkembangkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan kaedah yang betul. Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh     : 27 November 2014 (Khamis)

Masa      : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat  : De' Seri Endon, Presint 10, PUSPANITAPURI, Putrajaya

Pakaian : Pakaian Pejabat

PUSPANITA memohon jasa baik agar setiap cawangan dapat menghantar 10 orang anak-anak ahli terutama golongan remaja berumur 13 - 17 dan juga 5 orang ahli-ahli PUSPANITA yang berminat untuk bersama-sama mengikuti bengkel ini yang akan memberi manfaat dalam penguasaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Bersama - sama ini disertakan Atur Cara Bengkel untuk makluman semua. Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui emel persatuan@puspanitakebangsaan.jpm.my atau melalui faks di talian 03-2144 8035 sebelum 20 November 2014 (Khamis).

Sebarang pertanyaaan mengenai bengkel ini bolehlah menghubungi urusetia PUSPANITA iaitu Cik Farhana Aziz/ Cik Nur Hamimi Razali di talian 03-2142 1332 atau email kepada persatuan@puspanitakebangsaan.jpm.my. Kerjasama dan perhatian YBhg. Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin Sri/ Datin Paduka/ Datin/puan dalam menjayakan bengkel ini amatlah dihargai.

Sila Klik disini : untuk Capaian Aturcara Program